misteri mati pda hari jumaat...
Sunday, February 14, 2010 | 2:24 AM | 0 comments
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuahhospital ternama kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang di
tempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi
tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini
sangat membingungkan para doktor. Lalu para doktor memutuskan untuk
memantau katil tersebut. Mungkin makhluk halus ada menetap di situ.
Apabila
tiba hari Jumaat yang berikutnya, beberapa org doktor bersiap sedia
untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang
mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur. Beberapa
doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.
Masa berputar. Pukul 08:00am... 08:30am sehingga jam 9.00 am. Tiba-tiba...
Pintu bilik ICU itu terbuka. Kemudian masuklah Makcik Timah seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang
hanya
bertugas setiap hari Jumaat. Seperti biasa, Makcik Timah menjalankan
tugas dgn t/jawab dan amanah. Tanpa melengahkan masa, Makcik Timah
masuk mendekati katil keramat tersebut dan terus mencabut soket
elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan vacuum
cleanernya.
Akhirnya segala persoalan telah terjawab.