Just wanna share something :) ##
Entries About Friends Stuff Credits




surat cinta sang profesor genius...
Sunday, February 14, 2010 | 2:32 AM | 0 comments
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya
dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau
juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing
salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu
bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt
Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya
percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah
mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh
penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang
bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya
perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara
besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap
penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa
aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku
seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan
tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila
daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku
tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set.
Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di
dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai
sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal
dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah.
Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit
MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri
bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa
diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering
menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.
Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak
lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan
dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil
makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku
membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran
sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa
sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi
hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau
terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan
dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.
Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku
tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan
kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara
Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu
tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi
Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang
kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar
siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan
McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga
bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari
kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak
perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin
yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh
mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam
telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun
segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap
menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks
membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar
Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari
bahawa penantianku hanyalah saya-sia belaka. Akhirnya aku mengambil
keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku
berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya
kepadamu...

Older Post | Newer Post
Kitty !


Hey welcome. Thanks for visiting. Do follow okay? thankyou. muahh !
My past




Shout here :)


.